LEGO Creator Expert Aston Martin DB5 tampil dengan ciri 'Ejector Seat' yang berfungsi!

oleh Mohamad Hanif|
Siri LEGO Creator Expert James Bond kembali lagi dengan pengenalan pek baharu yang diasaskan daripada model Aston Martin DB5 yang digunakan oleh James Bond di dalam filem Goldfinger (1964).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Terdiri daripada lebih 1,200 bahagian individu yang perlu dipasang sendiri (kecuali kalau anda mengupah orang), set LEGO Creator Expert Aston Martin DB5 tersebut turut menampilkan ciri-ciri unik seperti mana yang dipaparkan di dalam filem. 

 


Dengan hud enjin yang boleh dibuka menampakkan penampilan enjin enam silinder sebaris, LEGO Aston Martin DB5 juga turut menampilkan set nombor pendaftaran yang boleh bertukar, tire slasher yang dipasang pada roda, perisai peluru di belakang dan juga mesingan tersembunyi. 
 


Terdapat ciri yang paling menarik iaitu Ejector Seat yang berfungsi sekiranya pengguna menarik bumper belakang, bumbung akan menggelongsor dan kerusi akan terpelanting keluar daripada kereta. 

Kemasan yang didatangkan juga cukup teliti seperti yang boleh dilihat pada pintu yang boleh dibuka, roda stereng dan meter cluster. 

Pada bahagian pintu, terdapat komputer penjejak kesan diletakkan serta telefon mudah alih yang tersembunyi sebagai tribut kepada filem tersebut. 

 


Set LEGO ini bakal dijual bermula 1 Ogos ini di laman rasmi LEGO pada harga bermula dari $149.00 (RM605++) yang berbeza mengikut negara yang menjual. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tempahan Set LEGO Creator ini berakhir 29 Julai ini sementara stok masih ada dan akan mula dijual…