Legenda Tuning BMW, AC Schnitzer, Bakal Tutup Operasi

oleh Qalif Latif|
Dunia tuning BMW bakal kehilangan satu nama besar apabila AC Schnitzer mengumumkan mereka akan menamatkan operasi talaan (tuning) menjelang penghujung 2026.

AC Schnitzer

Keputusan ini dibuat oleh syarikat induknya, KOHL Group, selepas mendapati model perniagaan tuning tradisional semakin sukar untuk bertahan dalam landskap automotif semasa.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Willi Kohl dan Herbert Schnitzer, AC Schnitzer dikenali sebagai antara tuner paling rapat dengan BMW menghasilkan jentera yang lebih agresif dari segi prestasi, pengendalian dan rekaan, termasuk untuk kegunaan jalan raya dan perlumbaan.
AC Schnitzer

 

Kos meningkat, birokrasi jadi penghalang

Antara faktor utama penutupan ialah peningkatan kos pembangunan yang semakin tinggi, ditambah pula dengan ketidakstabilan rantaian bekalan global serta tekanan pasaran.

Dalam masa sama, proses kelulusan regulatori di Jerman yang perlahan turut memberi kesan besar kepada daya saing. Menurut pengurusan AC Schnitzer, kelewatan sehingga lapan atau sembilan bulan untuk meluluskan komponen aftermarket menyebabkan produk mereka tiba ke pasaran terlalu lambat ketika pelanggan sudah beralih kepada pesaing.
AC Schnitzer

 

Perubahan trend: tuning tak lagi ‘cool’ seperti dulu

Selain faktor ekonomi dan regulasi, perubahan minat pengguna turut memainkan peranan besar.

Budaya tuning yang suatu ketika dahulu sinonim dengan enjin berkuasa, bunyi ekzos garang dan modifikasi mekanikal kini semakin pudar, khususnya dalam kalangan generasi muda.
AC Schnitzer

 

Peralihan industri ke arah elektrifikasi juga memberi impak besar. Kenderaan elektrik (EV) tidak menawarkan pengalaman talaan yang sama seperti enjin pembakaran dalaman. Walaupun modifikasi masih boleh dibuat pada aspek seperti suspensi dan reka bentuk seperti yang dilakukan pada model EV BMW ia tidak lagi memberikan “drama mekanikal” yang menjadi identiti tuning tradisional.

Masih beroperasi hingga 2026, waranti kekal sah

Walaupun operasi tuning akan dihentikan, AC Schnitzer akan terus menjual produk sedia ada sehingga 2026. Sokongan selepas jualan termasuk waranti juga akan terus dihormati selepas itu.

Menariknya, terdapat kemungkinan jenama ini akan diambil alih oleh pihak lain, jadi nama AC Schnitzer mungkin tidak hilang sepenuhnya.
AC Schnitzer

 

Legasi yang sukar diganti

Sepanjang kewujudannya, AC Schnitzer bukan sekadar tuner biasa. Mereka pernah terlibat aktif dalam perlumbaan DTM, termasuk era kegemilangan BMW E30 M3.

Reputasi mereka juga cukup kukuh sehingga produk mereka pernah dijual melalui rangkaian pengedar rasmi BMW sesuatu yang jarang berlaku dalam dunia aftermarket.

Dalam konteks semasa, Alpina sudah pun “diserap” masuk ke dalam BMW sebagai jenama rasmi. Namun nasib yang sama tidak menanti AC Schnitzer.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi kuasa, M3 Touring standard mampu menghasilkan kuasa setinggi 503 hp dan 650 Nm, namun…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…
Berita Global
Kini, syarikat talaan yang berpusat di Aachen itu mengorak langkah baharu dengan menawarkan pakej…