Lee Motors Auto Care dan Solarvest bekalkan pengalaman mengecas EV dengan sistem PV solar

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Wakil jualan jenama BMW di negeri Kedah dan kawasan sekitar, Lee Motors Auto Care telah bekerjasama dengan POWERBEE, anak syarikat Solarvest Holdings Berhad untuk menyediakan pemilik EV BMW dengan sebuah solusi tenaga solar yang eksklusif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjsama itu bertujuan untuk menyempurnakan lagi pengalaman pemilikan premium, di samping menyokong pemilik EV BMW dengan pengalaman yang lebih mesra alam.

Melalui kerjasama itu, pemilik EV BMW dapat memanfaatkan sistem PV solar atas bumbung yang menyokong 4.5 kWp bernilai RM22,000, yang ditawarkan secara percuma oleh Solarvest Group.

Menurut wakil Solarvest Holdings Berhad, Davis Chong Chun Shiong, sistem tersebut secara purata memberikan tenaga elektrik yang mencukupi dan dapat dijana untuk lima kali pengecasan penuh setiap sebulan bagi jentera BMW i7, bersamaan dengan perjalanan sejauh 3,125 km.

Dengan mengintegrasikan sistem PV solar atas bumbung, para pemilik EV BMW yang baharu daripada Lee Motors Auto Care dapat memanfaatkan sumber tenaga boleh diperbaharui, sekaligus membantu mengurangkan jejak karbon.

Pada masa yang sama, Solarvest Holdings Berhad turut mengumumkan keputusannya untuk beralih ke arah EV BAGI barisan kenderaan korporat miliknya.

Solarvest berhasrat untuk menunjukkan teladan kepada organisasi- organisasi lain dalam memupuk peralihan teknologi itu demi pelaksanaan solusi-solusi tenaga bersih yang lebih bertanggungjawab dan lestari.