Lebuhraya WCE Seksyen 6 kini dibuka secara rasmi, tol percuma hingga 2 Januari 2024

oleh Mohamad Hanif|
Lembaga Lebuhraya Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan rasmi Seksyen 6 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bermula jam 12.01 pagi, 21 November 2023.

Serentak dengan itu, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengumumkan pengecualian pembayaran tol kepada pengguna berkuatkuasa tengah malam ini hingga 2 Januari 2024.

Seksyen 6 WCE itu akan bermula dari Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa yang akan menghubungkan terus pengguna dari Kapar ke Assam Jawa.
 

WCE


Pembukaan Seksyen 6 WCE ini dijangka akan menjimatkan masa perjalanan kepada 15 minit sahaja, berbanding 45 minit menggunakan laluan sedia ada.

Selain daripada itu, ia juga mempunyai sambungan secara terus dengan Lebuhraya LATAR yang menawarkan lebih kesalinghubungan antara rangkaian lebuh raya untuk kemudahan pengguna.
 

WCE


Pengguna juga kini boleh melawati destinasi pelancongan dengan lebih mudah seperti contoh Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan, selain merancakkan lagi pertumbuhan sosio-ekonomi komuniti setempat.

Sebelum ini, sebanyak empat seksyen WCE telah dibuka, melibatkan tiga seksyen di Negeri Perak iaitu Seksyen 8 (Hutan Melintang – Teluk Intan), Seksyen 9 (Lekir – Changkat Chermin) dan Seksyen 10 (Changkat Chermin - Beruas), serta satu seksyen di Negeri Selangor iaitu Seksyen 5 (Bandar Bukit Raja Selatan - Bandar Bukit Raja Utara).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
WCE sepanjang 233km itu dijadualkan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2026, namun tiga seksyen…
Berita Domestik
  Seksyen 2 ini merupakan laluan sepanjang 7.2 kilometer yang telah dirasmikan pada 22 Januari…
Berita Domestik
Menurut kenyataan rasmi syarikat, semua proses pengambilan tanah dibuat secara sah mengikut Akta…