Lebuhraya WCE dijangka buka sebelum hari raya - mudahkan perjalanan ke Perak 

oleh HEZERI SAMSURI|
Lima pakej persimpangan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (West Coast Expressway atau WCE) dijangka akan dibuka sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Urusan West Coast Expressway Sdn Bhd, Datuk Neoh Soon Hiong berkata jika dibuka pada Jun ini, ia akan memudahkan pengguna jalanraya dari Lembah Kelang untuk pulang ke kampung halaman mereka di kebanyakan destinasi penting di Perak dalam, termasuk:

  • Teluk Intan
  • Lekir
  • Setiawan
  • Lumut
  • Manjung
  • Changkat Cermin
  • Beruas

Lima pakej persimpangan tersebut masih menunggu kelulusan kerajaan persekutuan untuk dibuka pada bulan Jun nanti.

Dari lima pakej itu, dua berada di Selangor dan tiga di Perak.

 

 

Di bawah ialah fakta ringkas Jajaran Lebuhraya WCE yang merentasi Selangor dan Perak itu:

  • Laluan WCE ialah sepanjang 233 km
  • Di Selangor, ia bermula dari Jalan Banting-KLIA (B18) sehingga Persimpangan Bertingkat Tanjong Karang (93.8 km)
  • Di Perak, ia bermula dari Jalan Persekutuan (FR5) di Hutan Melintang sehingga Plaza Tol Changkat Jering (139.2km).
  • Jumlah persimpangan bertingkat ialah 21
  • Jumlah plaza tol ialah 20
  • WCE akan dihubungkan dengan lebuhraya sedia ada seperti PLUS, SKVE, NNKSB, LATAR dan KESAS.
  • Kos keseluruhan projek ialah RM5 billion
  • 60 peratus dari projek WCE sudah dikira siap

* Gambar utama dari Facebook Seladang Perak

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Oleh itu, Lebuhraya WCE menggesa semua pemandu supaya mengutamakan keselamatan dan meningkatkan…
Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Dato Alexander Nanta Linggi berkata, serentak dengan pembukaan tersebut juga…
Informasi
"Selain berfungsi sebagai lebuh raya alternatif kepada Lebuhraya Utara Selatan, WCE akan membuka…