Lebuhraya Utara Selatan sesak 7 kilometer - treler rosak

oleh SALINA JALIL|
Lebuhraya Utara Selatan sesak lebih tujuh kilometer apabila sebuah treler rosak di Kilometer 230.3 arah selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar, pagi ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7.30 pagi di tengah-tengah lebuh raya di Bukit Berapit, dekat sini.

 

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping menasihatkan kenderaan dari utara ke selatan, keluar di Tol Changkat Jering dan menggunakan jalan lama.

 

Sementara itu, berdasarkan Twitter Plusline, laluan kontra telah diaktifkan di Kilometer 231.7 sehingga Kilometer 230.7.

 

Sehingga jam 8.05 pagi, trafik sesak tujuh kilometer ke selatan dan dua kilometer ke utara.
 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
    “Sebelum itu (berlaku kesesakan) lorong tol nombor lima arah timur ditutup semasa trafik…