Lebuhraya KLK dan LPT 1-Diskaun 10% dan cadangan waktu perjalanan sempena Deepavali buat pengguna

oleh DIANA ISMADI|
ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) telah menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna lebuh raya, sempena perayaan Deepavali.


"Bagi memeriahkan lagi sambutan Deepavali tahun ini, Syarikat menawarkan diskaun tol 10% yang akan diberikan kepada semua kelas kenderaan berkuat kuasa pada 18 Oktober, mulai jam 12.01 tengah malam hingga jam 11.59 malam hari yang sama,” kata Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Dato’ Nik Fauzi Nik Hussein.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sementara itu, Dato’ Nik Fauzi berkata Syarikat turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan pengguna untuk merancang perjalanan pulang ke pantai timur sempena cuti Deepavali.

 

TTA ini disediakan untuk membantu menyuraikan trafik dan mengurangkan kenderaan bertembung pada sesuatu masa yang sama, khususnya pada waktu puncak di plaza tol, terutama di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak hingga menyebabkan kesesakan.

 

Waktu-waktu puncak di mana trafik dijangkakan membanjiri Lebuhraya KLK & LPT 1 sempena cuti Deepavali adalah pada 17 Oktober dan 22 Oktober dengan kemungkinan tempoh masa antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari (untuk trafik menghala ke Pantai Timur) dan antara jam 5 petang hingga 9 malam (untuk trafik menghala ke arah Kuala Lumpur).

 

“Sehubungan itu, kami menyarankan pengguna dari Lembah Klang yang menuju ke Pahang pada 17 Oktober 2017 untuk memilih sama ada memasuki KLK dan LPT 1 pada jam 12 tengah hari hingga 3 petang ATAU antara 7 malam hingga 11 malam”….

 

“ Pengguna yang ingin menuju ke Terengganu dan Kelantan pada tarikh yang sama pula boleh memulakan perjalanan antara jam 6 pagi hingga 10 pagi ATAU jam 5 petang hingga 8 malam,” katanya.

 

Dato’ Nik berkata, untuk kembali semula ke ibu kota pada 22 Oktober 2017, pengguna dari Pahang boleh memilih sama ada untuk memulakan perjalanan antara jam 6 pagi hingga 10 pagi ATAU antara 7 malam hingga 11 malam.

 

Pada tarikh yang sama, pengguna dari Terengganu pula disarankan untuk memasuki lebuh raya antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari ATAU antara 8 malam hingga 10 malam, manakala pengguna dari Kelantan boleh menggunakan lebuh raya bermula jam 6 petang hingga 10 malam ATAU antara 9 malam hingga 12 tengah malam.

 

Seperti mana musim perayaan sebelumnya, pengguna yang ingin menuju ke pantai timur boleh mendapatkan jadual TTA di laman web ANIH Berhad atau mengikuti Twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur.

 

Dato’ Nik berkata, Syarikat juga ingin memaklumkan bahawa Lebuhraya KLK dan LPT 1 telah melaksanakan kaedah pembayaran tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya. Oleh itu, pengguna dinasihatkan sentiasa memastikan baki kad Touch ‘n Go (TnG) mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

 

“Perkhidmatan tambah nilai kad di lorong tol akan ditutup sekiranya trafik mulai padat bagi mengelak berlakunya kesesakan di plaza tol.

 

“Sekiranya ingin membuat tambah nilai atau membeli kad TnG, pengguna boleh melakukannya di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) di sepanjang KLK dan LPT 1 iaitu di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong, Plaza Tol Karak, Plaza Tol Temerloh dan Plaza Tol Kuantan dari jam 7 pagi-10 malam setiap hari”

 

“Syarikat turut menyediakan kios layan diri atau Self-Service Kiosk di Hentian Sebelah Gombak (arah barat), Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Genting Sempah, R&R Temerloh (arah timur dan barat) dan di Plaza Tol Gambang,” katanya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Buat masa sekarang. ANIH telah menempatkan kakitangan operasi mereka selama 24 jam untuk memantau…
Berita Domestik
“Pengguna dinasihatkan untuk ambil susur keluar ke bandar Bentong,” ujarnya. Jelasnya, trafik…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur…