Lebuhraya KL-Karak sedia laksana sistem RFID bermula 1 Januari 2020

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan tahun baharu 2020, pihak pengendali lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), ANIH Berhad mengumumkan sudah bersedia untuk melaksanakan kutipan tol menggunakan teknologi RFID bermula 1 Januari 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Dato' Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, pihaknya sudah pun melakukan persediaan bagi memastikan laluan di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong dilengkapi dengan mod bayaran RFID. 

Pihaknya juga menjangkakan kira-kira 10,000 transaksi RFID bakal direkodkan di kedua-dua plaza tol berkenaan untuk tahun pertama pelancarannya, berbanding 5,000 transaksi sehari semasa tempoh percubaan. 

Buat masa ini, Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong telah menyediakan satu lorong pembayaran RFID untuk setiap arah perjalanan (Barat dan Timur). 

Bermula 1 Januari, kaedah pembayaran tol menggunakan RFID hanya ditawarkan di 62 buah plaza tol di lebuh raya utama yang menggunakan kaedah sistem tol terbuka. 

Sebagai permulaan, hanya pengguna Kenderaan Kelas 1 sahaja yang dibenarkan menggunakan mod pembayaran ini sebelum ia dijangka diperluaskan kepada kenderaan kategori lain sebelum akhir tahun ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Teknologi yang dibangunkan sejak Ogos tahun lalu itu menggunakan teknologi Radio Frequency…
Berita Domestik
Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut melibatkan pengguna RFID di kawasan berikut: 9 plaza tol…
Berita Domestik
Menurut Datuk Seri Shaharuddin Khalid, Ketua Pengarah JPJ ketika ditemui berkata, pelaksanaan…