Lebuhraya CSR (295.7km) dan KBKK (67.6km) dijangka siap 2025

oleh SALINA JALIL|
Projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Bentong, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan dan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) dijangka siap sepenuhnya pada 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kerja pembinaan lebuh raya berkenaan kini sedang giat dijalankan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Projek CSR dari Bentong ke Kuala Krai sejauh 295.7 kilometer (km) dan KBKK sejauh 67.6km membabitkan beberapa pakej dengan jumlah keseluruhan kos diluluskan adalah RM9.5 bilion.

 

"Projek CSR dibahagikan kepada lima pakej. Jajaran CSR yang sudah siap dan boleh digunakan adalah dari Merapoh ke Kampung Seberang Jelai sepanjang 62km iaitu 21 peratus daripada keseluruhan jajaran CSR.

 

"Sebahagian jajaran KBKK sudah siap digunakan adalah dari Pasir Hor ke Ketereh sepanjang 13.85km iaitu 20 peratus daripada keseluruhan jajaran KBKK," katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Sr Azami Mohamad Noor di Kota Darulnaim, semalam.

 

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, pada 2021 sejumlah RM821 juta diperuntukkan untuk projek CSR dan KBKK.

 

Daripada jumlah berkenaan, RM165 juta untuk pelaksanaan projek KBKK manakala bagi projek CSR di Kelantan sebanyak RM270 juta diperuntukkan pada tahun depan manakala RM380 juta bagi CSR di Pahang.

 

"Apabila keseluruhan CSR dan Lebuhraya KBKK siap kelak, ia dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan terutama ketika waktu puncak, hujung minggu dan musim perayaan.

 

"Pada masa sama, ia boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan di kawasan berkenaan," katanya.

 

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Informasi
Bagi mendepani situasi itu, LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan…
Berita Domestik
"Di masa hadapan apabila dirancangkan pembinaan lebuh raya baharu, kita mungkin boleh letakkan…