Lebuh Raya Timur-Barat 'nazak'

oleh SALINA JALIL|
Lebuh Raya Timur-Barat yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia telah dibina pada tahun 1967, namun ia kerap terganggu akibat perbuatan pengganas komunis pada waktu itu.


Sebanyak RM296 juta digunakan untuk menyiapkan projek gergasi tersebut. Ia dibuka dan dirasmikan pada tahun 1982. Pembinaan jalan ini dibuat oleh pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia bertujuan memendekkan perjalanan dari Kota Bharu ke Alor Star dan mencecah sejauh 1000 kilometer.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Jalan ini merentas Banjaran Bintang dan Banjaran Titiwangsa dan mencapai aras tertinggi iaitu sekitar 1000 meter dari aras laut. Namun sejak pembinaannya,  55 tahun dahulu, keadaan jalan di Lebuh Raya Timur-Barat sudah tidak terjaga.

 

Melalui perkongsian Mat Yoe di Facebook, dia berkongsi tentang pengalamanya semasa melalui jalan di lebuh raya itu.

 

“Tidak tahu mahu mengadu pada siapa, sudah 10 tahun ulang-alik begini jalannya.

 

“Lubang macam tampal dengan kaki, garisan putih tiada memang pemandangan biasa di sini. Lampu jalan juga memang tiada,” tulisnya.

 

Tambahnya, gambar jalan yang elok yang dipaparkan di media sosial cuma 30 peratus dari keseluruhan jalan ini. 70 peratus lagi jalan penuh dengan lubang dan tiada garisan putih di kiri, tengah serta kanan jalan.

 

Orang ramai yang mempunyai pengalaman menggunakan Lebuh Raya Timur-Barat ini juga sempat meninggalkan komen.

 

“Saya sudah 12 tahun lalu jalan ini, Perlis ke Kuala Terengganu, rasanya yang berubah sikit cuma tandas dekat banjaran sahaja, daripada tiada lampu, sudah ada lampu tetapi jalan raya itu tidak berubah,” tulis Ummil Mu’minah Hj Yusof.

 

Hantaran dari Facebook JKR Gerik memuat naik beberapa hantaran kerja-kerja penyelenggaran di Jalan Raya Timur Barat termasuk penurapan yang dilakukan pada April lalu. Bagaimanapun warga maya masih membangkitkan banyak kawasan yang perlu diberi perhatian sepanjang laluan Gerik ke Jeli./Gambar FB JKR Gerik

 

“Minggu lepas lalu malam memang bahaya, garisan putih tiada dan lampu reflektif juga tiada. Tar jalan sudah banyak lubang,” ujar Azlan Abd Ghani.

 

“Sepanjang 5 tahun kahwin dengan orang utara, baru 4,5 kali suami saya bawa balik kereta Audi dia balik Kelantan sebab keadaan jalan yang teruk. Dengan lubang yang banyak, garisan putih tiada. Memang bahaya sangat lagi-lagi waktu malam,” komen Nuri Nur.

 

 

 

– KOSMO ONLINE!