Lebuh raya Seremban-Kemayan sedang dikaji elak kesesakan

oleh Mohamad Hanif|
Satu laluan alternatif dari Seremban ke Kemayan di Pahang akan dibina bagi memudahkan pengguna untuk ke pantai timur dan ia kini dalam peringkat kajian, demikian kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Eddin Syazlee Shith.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata laluan berkenaan yang bertaraf lebuh raya dilihat mampu memendekkan jarak perjalanan selain meredakan aliran trafik yang sesak di laluan utama sedia ada menuju ke pantai timur.

“Buat masa ini kertas cadangan sudah ada cuma kita tidak mengetahui bila jangkaan untuk projek ini disiapkan. Saya berharap agar projek ini diteruskan kerana ia bukan sahaja mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas, malah dapat mempromosi produk pelancongan dan membangunkan ekonomi penduduk setempat," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada majlis penyerahan sumbangan pengimbas haba kecerdasan buatan (AI) KipleLive oleh syarikat Green Packet Berhad, di sini.

Mengulas lanjut, Eddin Syazlee yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata cadangan pembinaan lebuh raya berkenaan juga sebelum ini telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ketika itu baginda merupakan Pemangku Sultan Pahang.

"Baginda mengalu-alukan projek pembinaan jalan raya tersebut memandangkan laluan Seremban-Pahang berbentuk landai berbanding jalan berbukit di sebelah Bukit Tinggi, Pahang selain menjadi pilihan pengguna,” katanya.

Terdahulu, Eddin Syazlee merakamkan penghargaan kepada syarikat Green Packet Berhad atas sumbangan 15 unit pengimbas haba AI yang akan dipasang di beberapa lokasi di Kuala Pilah termasuklah di Istana Seri Menanti serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

Sumber: BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama Jabatan…
Berita Domestik
"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 10 pagi Khamis di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua…
Berita Domestik
Susunatur Rekabentuknya juga boleh dibahagikan kepada dua jenis susunatur: Susunatur tipikal di…