Lebih ramai peminat transmisi manual Mazda MX-5 berbanding Toyota GT86

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara hakikat yang perlu kita sedari adalah transmisi manual semakin kehilangan pengikut dan peminatnya yang tersendiri setiap tahun.

Walaupun berpuluh-puluh artikel menerangkan tentang keseronokan memandu sebuah kereta dengan tiga pedal, dan berita yang melaporkan ramai peminat mahukan transmisi tersebut, fakta jualan menyatakan sebaliknya.

Toyota dan Mazda merupakan antara pengeluar yang masih setia menawarkan transmisi manual pada sesetengah pasaran, namun angka jualan menunjukkan prestasi yang berbeza antara kedua-dua syarikat tersebut.
 


Kita ambil contoh, kereta sports Toyota GT86 yang sejak dari awal memang disasarkan kepada golongan peminat kereta sukan dan petrolhead

Mengejutkan, hanya satu pertiga sahaja model tersebut dijual dengan transmisi manual di pasaran Amerika Syarikat yang memang menawarkan transmisi tersebut. 

Selebihnya? Anda boleh teka dengan sendiri. 

Hal ini didedahkan oleh jurucakap Toyota, Nancy Hubbel kepada CarBuzz ketika laman web tersebut mahu bertanyakan peratusan kereta Toyota yang dijual dengan transmisi manual.

Toyota Corolla baharu juga menerima nasib yang sama, hanya 15 peratus sahaja pengguna yang mahukan Toyota Corolla hatchback dengan transmisi manual. 

 


Namun, perkara sebaliknya berlaku pada Mazda apabila mendapati lebih daripada 76 peratus pemilik Mazda MX-5 memilih transmisi manual berbanding selebihnya yang lebih menggemari transmisi auto enam nisbah kelajuan. 

Hal ini disahkan sendiri oleh Mazda apabila diajukan soalan oleh laman web Autoblog berkenaan nisbah pemilikan antara kedua-dua jenis transmisi tersebut. 

Mazda telah mengemaskini penawaran model kereta sports mampu milik itu tahun lalu dengan talaan semula kepada enjin Skyactiv-G 2.0 liter, menjadikan kuasa asal 155 hp meningkat kepada 181 hp dan 205 Nm. 

Atas kertas, ia tidak begitu jauh berbeza dengan Toyota GT86 yang dikuasakan oleh enjin 4U-GSE 2.0 liter boxer yang menghasilkan 197 hp dan 205 Nm. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…