Lebih dari 1.6k unit Bentley Bentayga dipanggil semula di China kerana risiko terbakar

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebanyak 1,637 unit SUV mewah Bentley Bentayga dalam pasaran China akan dipanggil semula (recall) kerana kemungkinan wujud risiko tumpahan minyak dan kebakaran.

Kempen panggil semula itu akan bermula pada 17 Ogos dan membabitkan Bentayga yang dibina antara 22 Mei 2018 sehingga 27 Februari 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Negara untuk Regulasi Pasaran China, paip sambungan untuk bekalan bahan api di dalam bahagian enjin mempunyai kemungkinan untuk rosak kerana haba yang tinggi dalam jangka masa panjang dan mungkin boleh menyebabkan kebocoran dan kebakaran di ruang enjin.

Kesemua kenderaan terbabit akan menerima alatganti dan pemasangan secara percuma sementara kenderaan yang dibina sebelum 27 November 2018 pula akan menerima perisian baharu.

Seperti negara-negara maju yang lain, China mempunyai agensi yang memantau perihal begini demi keselamatan pengguna. 

Untuk Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna masih beranggapan ribuan tenaga pekerja mereka perlu fokus kepada harga beras, gula dan kehendak menteri.

Segala kempen panggil semula yang dilakukan di Malaysia adalah atas inisiatif syarikat kenderaan itu sendiri dan tidak ada agensi kerajaan yang akan menyiasat atau memantau.

Kali terakhir pihak kerajaan Malaysia serius di dalam kempen panggil semula ialah apabila bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turun sendiri untuk memeriksa dan menyelaraskan kempen tersebut.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…
Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Selari dengan arus perdana di mana permintaan terhadap SUV semakin meningkat, Aurus kini…