Lebih banyak bas elektrik untuk bandar, universiti di Malaysia akan datang

oleh Mohamad Hanif|
Satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGCC), Malaya Green Builder Energy Sdh Bhd dan KC Energy Co Ltd sebagai syarikat pakar dalam solusi mobiliti berpengkalan di Taiwan, baru-baru ini.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

MOU tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkenalkan penggunaan lebih banyak bas elektrik sekaligus membantu mentransformasikan bandar rendah karbon menerusi pelaburan langsung asing.

Menurut ketua eksekutif MGCC, Shamsul Bahar Mohd Nor berkata, MOU yang ditandatangani itu menggambarkan komitmen mereka dalam mempercepatkan implementasi teknologi hijau menerusi pelaburan langsung asing di Malaysia. 

"Kami mensasarkan sehingga 100 unit bas elektrik di bandar-bandar besar dan universiti di seluruh negara dalam masa beberapa tahun akan datang.

Shamsul berharap dengan usaha yang ditunjukkan itu mampu membantu menangani perubahan iklim yang berlaku, mengukuhkan lagi ekonomi hijau tempatan selain mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. 

KC Express yang diwakili oleh Malaya Green Builder Energy merupakan syarikat Taiwan yang telah berpengalaman selama lebih daripada 17 tahun membekalkan solusi mobiliti di sana serta memainkan peranan penting di dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam berkualiti kepada rakyat Taiwan.

 

gambar hiasan

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Sebagai permulaan operasi, tiket dijual dengan kadar diskaun 30 peratus sehingga 31 Disember 2023…
Berita Domestik
MAN Malaysia bakal menawarkan casis bas elektrik sepenuhnya bersama casis konvensional yang…
Berita Domestik
Berucap di acara MAN BAGUS, Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O'Brooks mengumumkan syarikat…