'Lebih baik hapuskan sahaja teksi' - Zainuddin Maidin

oleh Mohamad Hanif|
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyarankan agar perkhidmatan teksi di negara ini dihapuskan berikutan sikap biadab segelintir pemandu teksi terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam Twitternya, Zainuddin mendakwa sikap biadab pemandu teksi bukan sahaja terhadap Perdana Menteri tetapi juga bersikap kurang ajar terhadap pelanggan awam.

Zainuddin dalam Twitternya juga mendakwa pemandu teksi tidak seharusnya diberi muka kerana mempunyai sifat penipu dan pemeras.

"Pemandu teksi di Langkawi bersikap biadab dalam pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir. Itu dengan Tun,  sikap mereka di mana-mana lebih kurang ajar terhadap awam.

"Lebih baik hapuskan sahaja teksi tinggal Grab sahaja.Mereka bukan jenis manusia yg patut diberi muka. Penipu dan pemeras," kata Zainuddin.
 


Menurut Zainuddin, beliau sendiri banyak kali dikenakan bayaran berlebihan dan mahu kerajaan  bertindak tegas supaya semua pemandu teksi berbudi bahasa seperti pemandu teksi di London yang seratus peratus baik.

Zainuddin berkata demikian sebagai reaksi terhadap segelintir pemandu teksi yang bersikap biadab kerana mengeluarkan perkataan kurang sopan dan keluar dari dewan pada sesi Pertemuan Bersama Pemandu-Pemandu Teksi Langkawi di Dewan Kencana, Langkawi Lagoon semalam.

Tindakan segelintir pemandu teksi tersebut menyebabkan Dr. Mahathir meluahkan perasaan bahawa beliau akan meletakkan jawatan kalau ada yang tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri.

"Saya sendiri banyak kali kena bayaran berlebihan. Kerajaan mesti bertindak tegas supaya semua pemandu teksi berbudi bahasa, bukan ada yang baik dan ada yang jahat. Di London seratus peratus baik.
 

Sumber: Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Informasi
"Kita difahamkan Kementerian Kewangan ada memberikan satu dana kepada Perkeso sebanyak RM100 juta…
Informasi
  Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata,…
Berita Domestik
  "Pemandu berkenaan memberitahu dia ingin merentas negeri untuk menghantar barang kering ke…