Lebih 80 peratus pemilik Ford Maverick golongan pertama kali beli trak pikap

oleh Mohamad Hanif|
Tidak semua orang memerlukan trak pikap yang bersaiz besar seperti Ford Ranger, atau saiz yang terlebih besar seperti Ford F-150 yang sangat digemari rakyat Amerika Syarikat itu.

Disinilah terletaknya ruang kosong yang boleh diisi oleh Ford Maverick, sebuah trak pikap bersaiz kompak yang lebih kecil dimensinya, namun masih lagi mampu menawarkan praktikaliti yang diharapkan oleh para pemilik trak pikap.

Tidak menghairankan apabila Ford mengumumkan lebih 80 peratus daripada pelanggan Maverick merupakan golongan pertama kali memiliki trak pikap.
 

Maverick


Malah, menurut Ford lagi, kebanyakan pelanggan Maverick sebelum ini memiliki kereta popular seperti Honda Civic, Honda CR-V dan Toyota RAV4!

Sepanjang bulan lepas, Ford telah berjaya menjual sebanyak 3,154 unit Maverick, dengan jumlah jualan kini mencecah 51,802 unit untuk tempoh tahun ini.
 

Maverick


Sementara itu, Ford F-150 berterusan menjadi trak paling laris terjual di Amerika Syarikat, dengan jumlah jualan terkumpul sebanyak 467,307 unit untuk tahun ini.

Berbanding tempoh yang sama tahun lalu, angka tersebut menurun sebanyak 12.6 peratus, disebabkan persaingan yang diterima daripada GM menerusi gandingan model trak pikap Chevrolet Silverado dan GMC Sierra.

Baca: Ford Maverick - Trak pikap terkecil Ford

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehadiran dua model ini turut mendapat sambutan yang memberangsangkan, di mana Ford sendiri…
Berita Global
Bercakap kepada CNBC, pengurus pemasaran trak Ford, Todd Eckert berkata, 25 peratus (satu per empat…
Berita Global
Hyundai baru-baru ini mengumumkan senarai harga jualan bagi model trak pikap kompaknya, Santa Cruz…