Lebih 7,000 kes tahun lalu pemabuk tidur di atas jalan raya, Polis Okinawa buntu!

oleh SALINA JALIL|
Polis Okinawa kini berdepan cabaran untuk menghentikan kegiatan 'rojo-ne' atau tidur di atas jalan raya.

Tindakan yang sebahagian besarnya membabitkan individu mabuk itu menimbulkan kebimbangan masyarakat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia mengundang bahaya terutama kepada pengguna jalan raya yang memandu kenderaan pada malam atau lewat pagi.

 

Oddity Central melaporkan, kegiatan itu dilaporkan semakin menjadi-jadi dengan 7,000 kes berkenaan direkodkan di wilayah itu pada tahun lalu. Lebih memburukkan keadaan apabila kegiatan itu menyebabkan ada nyawa yang terkorban.

 

Dalam pada itu, pihak berkuasa sudah mengambil beberapa langkah untuk mengekang aktiviti berkenaan. Ia termasuk menguatkuasakan denda hingga 50,000 yen (kira-kira RM1,983) kepada individu yang melakukan perbuatan itu.

 

Selain itu, gambar mereka dipamer kepada umum untuk memberi pengajaran kepada masyarakat. Malangnya, amaran itu tidak diendahkan, sebaliknya keadaan menjadi bertambah buruk apabila kes dilaporkan meningkat.

 

Ketua Polis wilayah, Tadataka Miyazawa berkata, beliau beranggapan hanya wilayah itu merekodkan kes rojo-ne. "Saya sendiri tidak tahu istilah rojo-ne sehingga datang ke Okinawa dan menyifatkan ia satu fenomena yang aneh di sini," katanya.

 

Menurut laporan media tempatan, rata-rata individu terbabit dengan selamba tidur di atas jalan raya. Lebih teruk lagi, ada wanita tanpa segan silu tidur di atas jalan raya dalam keadaan tidak berpakaian.

 

- bezanya budaya Jepun dan Malaysia, di sini pemandu mabuk tanpa segan silu atau berakal terus memandu tanpa rasa bersalah -

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Domestik
  Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…