Lebih 70 ribu Kona Electric dipanggil kembali - risiko terbakar!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa laporan berkenaan kebakaran disebabkan pek bateri, Hyundai Motor Co. sedang mempertimbangkan untuk meluaskan kempen panggil semula Hyundai Kona Electric di peringkat global.

Memetik laporan daripada Bloomberg, pengeluar automotif Korea Selatan itu sudah pun memfailkan notis recall kepada pejabat National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA).

Dalam satu emel yang dihantar, Hyundai dikatakan 'akan menyiasat sama ada Kona Electric spesifikasi global memerlukan kempen panggil semula'.

Laporan akhbar Yonhap News menyebut Hyundai akan memanggil kembali 77,000 unit Kona EV di seluruh dunia, di mana ia merupakan jumlah kenderaan yang dihasikan antara September 2017 sehingga Mac 2020.

 


Terdapat beberapa insiden kebakaran melibatkan Kona EV, termasuklah di Kanada dan Australia pada tahun 2019, dan satu insiden kebakaran dilaporkan berlaku di bandar Daegu, Korea Selatan di mana Kona EV yang diparkir di lot bawah tanah didapati terbakar secara tiba-tiba.

Di Korea Selatan, sebanyak 25,564 unit Kona EV telah pun dipanggil semula atas risiko kebakaran yang disebabkan oleh pemisah bateri, namun pembekal bateri LG Chem menafikan dakwaan tersebut.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan harga anggaran bermula di bawah RM150,000, Hyundai Kona Electric boleh didapati dalam dua…
Berita Global
Tidak cukup dengan itu, ia juga tidak membataskan pembelian itu untuk kenderaan jenama Korea sahaja…
Berita Global
Bertempat di Sawula Pass, Tibet, Hyundai KONA Electric berjaya melepasi altitud berukuran 5,731…