Lebih 500 kenderaan tenggelam dalam banjir kilat di JB

oleh SALINA JALIL|
Lebih 500 buah kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir sekitar bandar raya ini ‘tenggelam’ dalam banjir kilat yang melanda pusat bandar raya ini hanya dalam tempoh kira-kira satu jam selepas hujan lebat sejak pukul 12.30 tengah hari tadi (Selasa).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Banjir kilat didapati berlaku di beberapa kawasan utama dinaiki air antaranya Jalan Yahya Awal, Jalan Ayer Molek, Jalan Wong Ah Fook, Kampung Mohd. Amin, Jalan Kolam Ayer, Jalan Mahmoodiah dan Jalan Tun Abdul Razak.

 

Tinjauan yang dilakukan di kawasan letak kenderaan berbayar di Jalan Ayer Molek, di sini mendapati lebih daripada 150 buah kenderaan telah tenggelam sehingga lebih separuh kenderaan menyebabkan majoritinya daripada tidak dapat dihidupkan.

 

Suasana huru hara dapat dilihat apabila pemilik kenderaan bergegas menolak kenderaan masing-masing untuk ke kawasan yang lebih tinggi selepas kawasan letak kenderaan itu dinaiki air.

 

Banjir kilat berkenaan dilihat kembali surut kira-kira pukul 2.30 petang dengan Skuad Kilat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) turut dilihat melakukan kerja-kerja pembersihan longkang yang tersumbat.

 

Salah seorang mangsa, Alias Said, 46, memberitahu, dia telah bekerja di kawasan berkenaan sejak kira-kira 10 tahun lalu, namun kejadian banjir kilat itu merupakan yang paling teruk pernah dialaminya.

 

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Nour Hashidah Fahruddin, 37, memberitahu, sebelum ini pekerja di kawasan berkenaan telah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) apabila berlakunya banjir.

 

 

– KOSMO! ONLINE.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi tempoh itu pihaknya menerima…
Berita Domestik
Ketika sedang bertugas anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu…
Berita Domestik
Menurut notis Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)…