Lebih 400,000 Ferrari dimusnahkan

oleh Firdaus Razani|
gambar hiasan
Tahun lalu, kira-kira lebih 400,000 barangan tiruan Ferrari telah dimusnahkan termasuk tiga unit kereta tiruan Ferrari turut dimusnahkan dalam usaha syarikat untuk membanteras barangan tiruan.

Tidak terkejut jika Ferrari bertindak sedemikian, kerana ramai peminat kereta tahu, syarikat Ferrari sememangnya tegas dalam menjaga nama baik jenama itu.

 

ferrari

 

Ia termasuk, syarikat berani untuk mengeluarkan surat saman, atau ban beberapa individu yang membuat modifikasi atau onar terhadap jenama demi menjaga imej Ferrari itu sendiri. rujuk sini.

Mungkin ramai berfikir ia agak keterlaluan untuk sebuah jenama automotif bertindak sedemikian, tetapi untuk Ferrari, ia berbeza, ia seperti menjaga sebuah khazanah dan budaya yang dilindungi sepenuhnya.

Oleh itu, Ferrari berjaya memusnahkan lebih 400,000 barangan tiruan dari sekecil label logo, sehingga kesebuah kereta.

 

ferrari

 

Antara barangan-barangan dan jumlah kuantiti yang dilupuskan adalah;

  • 3 unit kereta tiruan
  • 100,035 item pakaian
  • 30,161 minyak wangi
  • 17,231 beg
  • 17,438 pasang kasut
  • 13,415 tali pinggang
  • 60,903 jam tangan
  • 11,500 label
  • 800 skuter kaki
  • 872 model diecast
  • 1,092 bola
  • 91,229 cermin mata
  • 57,503 dompet

 

Menurut media Motor1 juga, dalam usaha untuk membanteras barangan tiruan ini, sejak tahun lalu, Ferrari akan memberi ganjaran kepada mereka yang membantu mengesan penjualan barangan palsu jenama tersebut.

Jadi disini kita dapat lihat bahawa betapa seriusnya mereka menjaga nama ‘Ferrari’ dalam mengukuhkan dan mengekalkan jenama tersebut dalam industri.

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih menarik, perubahan itu bukan sahaja terhad kepada model baharu, malah pemilik sedia ada turut…
Berita Global
Menurut dokumen paten tersebut, sistem ini “tidak mengalami kekurangan yang biasa terdapat pada…
Berita Global
Ferrari SC40 dikuasakan oleh enjin V6 mid-rear, mengambil seni bina, casis serta trenkuasa…