Lebih 350,000 pembaharuan lesen memandu direkod sejak pengenalan BUDI95

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan sebanyak 350,967 pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sejak pengenalan subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) hingga 8 Oktober lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ia sekali gus mencatatkan peningkatan urus niaga harian JPJ sebanyak 38 peratus sejak pengumuman BUDI95 pada 22 September lalu.

"Peningkatan ini bukan sahaja mencerminkan sambutan positif rakyat terhadap inisiatif subsidi bersasar kerajaan malah memperlihatkan tahap kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan pengguna jalan raya terhadap kepentingan memiliki lesen memandu yang sah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Setia Khas dan Ikrar Bebas Rasuah JPJ di Putrajaya pada Selasa.

Pada majlis berkenaan, Loke turut merakamkan penghargaannya terhadap seluruh warga JPJ yang menunjukkan komitmen luar biasa dalam memastikan proses pembaharuan lesen berjalan dengan lancar di seluruh negara.

"Langkah proaktif ini jelas memudahkan rakyat melaksanakan urusan mereka tanpa menjejaskan jadual harian, khususnya bagi golongan bekerja," katanya.

Selain itu, beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan bagi urusan pembaharuan LMM walaupun berlaku peningkatan mendadak untuk urusan pembaharuan.

"Tidak apa-apa aduan (diterima) walaupun bilangan orang yang ingin memperbaharui LMM meningkat dengan begitu mendadak sejak beberapa minggu," katanya.

BuletinTV3

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Mereka layak memohon lesen tetapi dia bukan bertaraf warganegara, kumpulan inilah yang tidak akan…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, terdapat sekitar 0.88 peratus atau kira-kira 150,000…
Berita Domestik
Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B di Melaka mula…