Lebih 3,000 ayam mati kerana lori sangkut di checkpoint Singapura

oleh HEZERI SAMSURI|
Lebih dari 3,000 ekor ayam mati kepanasan kerana lori-lori tersangkut lama di checkpoint masuk Singapura.

Ini ialah kerana kerajaan Singapura mengenakan pemeriksaan saringan Rapid Antigen untuk semua pemandu dan kelindan lori-lori yang mahu masuk ke negara republik tersebut bermula minggu lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Persatuan Pedagang Ayam Singapura, lebih kurang 3,500 ekor ayam mati ketika dalam perjalanan ke negara itu antara 27 ke 28 Januari lalu.

"Sebanyak 68 lori kargo digunakan untuk membawa masuk ayam-ayam itu ke pusat penyembelihan sebelum dijual di seluruh Singapura," ujar Wu Xiao Ting, jurucakap persatuan tersebut kepada Channel News Asia.

Ayam-ayam yang mati dibuang kerana ia tidak boleh dihantar ke penjual.

Seorang lagi pengimport ayam di sana, Toh Thye San Farm pula berkata lebih kurang 2,000 dari 60,000 ayam yang dibawa masuk mati ketika perjalanan.

Pengarah syarikat itu, Johnson Toh mendakwa ada lori-lori kargo itu terpaksa mengambil masa antara sembilan ke 11 jam di checkpoint.

 

 

Video yang disyaki di muat-naik oleh pemandu lori Malaysia melaporkan kesesakan tersebut ada yang menyebabkan pemandu lori menunggu antara 10 ke 14 jam sebelum melepasi checkpoint di Tuas.

Toh berkata syarikatnya mengandaikan ayam-ayam itu mati kerana kepanasan. 

"Ayam-ayam yang mati diketepikan dan laporan dibuat kepada Agensi Permakanan Singapura," ujar Toh.

Seorang pemandu lori yang diwawancara berkata beliau sampai ke checkpoint Tuas di Singapura pada jam 4 pagi dan hanya mampu menghantar barang ke destinasi di Pasir Panjang, Singapura pada jam 5 petang. 

Beliau juga menambah ada antara sayuran yang dibawanya terpaksa dibuang kerana keadaan cuaca yang panas.

 

 

 

Seorang lagi pemandu yang membawa sayur dari Cameron Highlands berkata beliau tersangkut selama 15 jam ketika cuba memasuki Singapura hari Rabu lalu.

Namun begitu agensi-agensi kerajaan Singapura sudah mula bertindak untuk memastikan perjalanan lebih lancar dan cepat.

Pihak mereka menggunakan sistem komputer bersepadu untuk melaraskan ujian saringan ART (Antigen Rapid Testing) dan ia mencepatkan proses tersebut.

Careta baharu diberitahu oleh sumber-sumber yang rapat dengan industri pengangkutan bahawa kebanyakan perkhidmatan menghantar barang ke Singapura tertangguh kerana ramai pemandu lori tidak mahu masuk ke negara tersebut akibat masa menunggu yang terlalu lama.

Pemeriksaan melalui sistem kamera litar bertutup dari laman web Jalanow.com menunjukan keadaan lengang di Woodlands dan Tuas Second Link.

* Laporan penuh di Channel News Asia

Video dari Instagram Careta menunjukan pemandu-pemandu lori mogok di Laluan Kedua Tuas.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Global
Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan…
Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…