Lebih 2 ribu peserta bakal hangatkan LPT2 De'Perasing Ride 2019

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu acara kayuhan yang terbesar di Pantai Timur, LPT2 De’Perasing Ride 2019 – Ajil Challenge, bakal melakar sejarah tersendiri apabila lebih 2,000 peserta telah mengesahkan penyertaan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jumlah penyertaan pada acara kayuhan tahun ini bertambah dua kali ganda berbanding ketika ia pertama kali dianjurkan pada 2017 sebelum jumlah tersebut meningkat kepada 1,300 tahun lalu.

“Sejak dua tahun lalu, LPT2 De’Perasing Ride telah muncul sebagai acara kayuhan yang dianggap mencabar oleh peminat sukan berbasikal dan pada tahun ini, kami memberikan kelainan apabila menganjurkannya di Ajil di mana ia memberi peluang kepada peserta untuk mencuba laluan baru yang menjanjikan pengalaman dan cabaran yang baru,” kata Pengurus Perniagaan LPT2 Sdn Bhd (LPT2), Roszi Ibrahim.

“Acara ini juga menarik minat peserta-peserta dari Brunei Darussalam dan Thailand. Kami juga menyaksikan peningkatan penyertaan dari Singapura berbanding tahun lalu. Ini adalah perkembangan yang amat baik memandangkan acara ini berlangsung serentak dengan Tahun Melawat Terengganu,” tambah beliau.

Menurutnya, peserta akan bersaing di dalam kategori iaitu Road Bike (100 kilometer), Mountain Bike (50 kilometer) dan Fun Ride (50 kilometer).

“Lebih menarik, jaguh basikal dan juga bekas penunggang negara, Anuar Manan akan turut mengambil bahagian pada tahun ini. Pasukan-pasukan terkemuka lain seperti TSG juga telah mengesahkan penyertaan mereka pada acara kayuhan ini,” tambah Roszi.
 


LPT2 De’Perasing Ride – Ajil Challenge yang akan berlangsung pada 16 November ini merupakan anjuran LPT2 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Lembaga Lebuhraya Malaysia serta agensi-agensi yang lain.

Selain daripada menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM58,000, LPT2 De’Perasing Ride 2019 – Ajil Challenge turut menyediakan pelbagai program sampingan yang menarik untuk orang ramai seperti cabaran tendangan penalti, bola jaring, gerai-gerai jualan dan lain-lain lagi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anjuran bersama LPT 2 Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri Terengganu, acara ini turut disokong oleh Lembaga…
Berita Domestik
“Keputusan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran tersebut dibuat untuk memberi peluang kepada lebih…