Lebih 1k robot penghantar akan mula beroperasi tahun depan di China

oleh HEZERI SAMSURI|
Kebangkitan sistem penghantaran bebas kontak yang semakin popular kerana pandemik Covid-19 bakal menyaksikan lebih dari 1,000 robot penghantar beroperasi di China tahun hadapan.

Syarikat-syarikat gergasi seperti Alibaba, Meituan dan JD.com memberi jangkaan lebih 2,000 robot tersebut akan digunakan menjelang 2022, empat kali ganda dari jumlah robot yang sedang beroperasi sekarang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara punca peningkataan penggunaan robot penghantar ialah penurunan kos pembuatan robot itu sendiri.

Menurut laporan akhbar The Star, jutaan bungkusan dihantar di China dengan kadar kos serendah 3 yuan (RM1.94) tetapi syarikat penghantar sedang mengkaji penggunaan dron atau robot penghantar sejak tahun 2013 lagi kerana isu kesukaran mendapat pekerja.

Masalah itu ditambah lagi dengan Covid-19 dan kerajaan China terpaksa memperkenalkan "waktu berehat" kepada pekerja-pekerja syarikat penghantar yang menghadapi isu permintaan yang meningkat.

Meituan, syarikat penghantar makanan mula menggunakan robot penghantar sejak Februari 2020 ketika kadar wabak pandemik meningkat di Beijing. 

"Sebenarnya pelancaran itu awal setahun dari yang dijangka," kata Xia Huaxia, ketua saintis di Meituan.

 

 

JD.com turut menyegerakan penggunaan robot penghantar mereka, di mana ia dilancarkan Februari 2020 lalu di Wuhan, empat bulan lebih awal dari sepatutnya.

Alibaba dan JD.com berkata kos penghasilan robot penghantar sudah berada di bawah paras 250,000 yuan (RM162,052) sebuah dan ia semakin menurun.

Robot penghantar makanan juga sudah mula diuji oleh Yandex, sebuah syarikat Russia dan GrubHub, syarikat penghantaran makanan di kolej-kolej di US.

Penggunaan robot penghantar akan mengurangkan kontak rapat dan sekaligus mengurangkan risiko penyebaran wabak Covid-19.

Ia juga bakal mengurangkan jumlah pekerja manusia dan menjadikan operasi lebih efisien.

* Laporan asal dari The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Pengetua CIM Group, Bethany Chang beliau berkata, robot-robot tersebut mula beroperasi di…
Berita Global
Syarikat yang berpengkalan di Shanghai itu juga bercadangan untuk membuang separuh dari tenaga…
Berita Global
  Ia adalah projek perintis oleh Autofuel untuk menguji sistem pengisian bahan api futuristiknya…