Lebih 17,000 tiket penerbangan sehala ke Sabah, Sarawak ditawar pada harga maksimum RM300 - Anthony Loke

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Gambar hiasan
Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang akan tiba, sebanyak 17,708 tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak dijual pada harga maksimum RM300.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata harga istimewa itu ditawarkan oleh semua syarikat penerbangan dalam negara untuk tempoh perjalanan pada 27, 28 dan 29 Mei ke Sabah, manakala 29, 30 dan 31 Mei ke Sarawak.

Loke berkata, "Pengguna masih boleh membeli tiket pada harga yang lebih rendah sekiranya harga tiket asal tersebut kurang daripada RM300."

"Kerajaan beli (sebanyak 17,708 tiket) daripada syarikat penerbangan dan kita jual semua pada harga diskaun iaitu maksimum RM300."

Menurut Loke, projek rintis itu bertujuan untuk menyelesaikan isu harga tiket penerbangan yang mahal ketika musim perayaan dan sekiranya berjaya, ia akan dibentangkan kepada Kabinet agar boleh dijadikan inisiatif berterusan.

Harga maksimum itu tidak termasuk cukai dan di, namun dengan pembelian tiket berkenaan pengguna akan dilindungi mengikut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC).

Anggaran keseluruhan bagi bantuan tersebut sepanjang tempoh penawaran adalah antara RM5.8 juta hingga RM11.4 juta.

Menurut Loke juga, berikutan tiket penerbangan laluan Johor Bahru-Sibu bagi tempoh tiga hari sebelum perayaan Hari Gawai habis dijual, syarikat Batik Air akan menyediakan perkhidmatan penerbangan carter dengan kekerapan sehari sekali pada 29, 30 dan 31 Mei.

Selain itu pada masa yang sama, Loke berkata sebanyak 10,744 tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan 499,323 tiket KTM Intercity terjual sehingga 9 malam semalam daripada 4.4 juta tiket yang ditawarkan bagi perjalanan Julai hingga Disember 2023.

Menurutnya, jualan tiket yang bermula 15 Mei lepas itu juga melibatkan tarikh hari perayaan negara seperti Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Deepavali, Krismas selain cuti sekolah.

 

Sumber: Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut beliau, semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan tersebut telah habis dijual dan ketika…
Berita Domestik
  Berikutan itu, Izham menegaskan pihaknya telah meningkatkan kapasiti jualan tiket penerbangan…