Lebih 16 juta kenderaan masih tidak menukar inflator beg udara di Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Sebanyak 278 kes kecederaan melibatkan beg udara Takata telah dilaporkan di Amerika, menurut kenyataan terkini yang dikeluarkan oleh Senator Demokratik Amerika, Bill Nelson.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tambahan lagi, angka terkini kematian yang disebabkan oleh kes yang sama kini bertambah menjadi 15 kes.
 


National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) sebelum ini telah mengambil langkah memanggil semula kenderaan yang terlibat pada tahun 2015.

Namun, sehingga 30 Mac yang lalu, terdapat lebih 16.4 juta kenderaan yang masih tidak menukar inflator beg udara yang masih bergerak di atas jalan. 

Inflator yang bermasalah itu dikatakan akan meletup dengan daya yang berlebihan dan mengakibatkan serpihan logam terkeluar yang boleh menyebabkan kecederaan. 
 

Kempen panggil semula itu merupakan kempen panggilan terbesar yang pernah dicatatkan di dalam industri automotif sehingga mengakibatkan syarikat Jepun itu memfailkan perlindungan muflis pada Jun 2017.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Nelson lagi, Florida mencatatkan kes tertinggi kecederaan berkaitan dengan inflator bermasalah itu. 

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 61,000 unit kenderaan di US, yang terdiri daripada 50,000…
Informasi
Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator…