Lebih 1500 penunggang basikal sertai perlumbaan 10th Cycle for Health di Isuzu Alor Setar 3S Centre

oleh Mohamad Hanif|
Pada 16 September yang lalu, kolaborasi antara Isuzu Malaysia Sdn Bhd, Indah Utara Auto dan LM Bikers Club Alor Setar telah menganjurkan pertandingan 10th Cycle for Health melibatkan jarak sejauh 60 dan 100 km meliputi kawasan utara Kedah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Acara perlepasan lebih 1,500 orang peserta pertandingan tersebut dilangsungkan di Isuzu Alor Setar 3S Centre sebelum diteruskan ke Alor Mengkudu, Pendang, Bukit Jenun, pit stop di Indah Utara Industri Sdn Bhd dan kembali semula ke Isuzu Alor Setar. 
 


Acara perlumbaan berbasikal ini dianjurkan bagi mempromosikan sukan berbasikal sebagai sebuah gaya hidup yang sihat dan membina semangat patriotik di kalangan komuniti lokal bersempena Hari Malaysia. 

Ketika upacara perlepasan, presiden Alor Setar LM Bikers Club, Poh Cheng Hai melahirkan penghargaan ke atas usaha yang dijalankan bersama Indah Utara dan Isuzu Malaysia Sdn Bhd sebagai salah satu acara terbesar di Malaysia. 
 


Menurut Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki turut bersetuju bahawa acara berbasikal ini seiring dengan promosi gaya hidup sihat yang sinonim dengan jenama Isuzu itu sendiri, selain memberikan manfaat kepada produktiviti individu dan juga negara. 

Dalam masa yang sama, Pengarah Urusan Indah Utara Poh Seng Hooi teruja kerana dapat menganjurkan satu acara yang mampu mengeratkan hubungan di antara syarikatnya dan juga masyarakat tempatan buat kali ke-10 tahun ini. 
 


Berikut merupakan sorotan gambar acara berbasikal yang berlangsung pada bulan lalu. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…