"Sebelum pembukaan Seksyen 6 Asam Jawa pada 20 November 2023, trafik harian WCE adalah sekitar 60,000 kenderaan. Sejak jajaran penuh di Perak mula beroperasi, jumlah ini meningkat kepada 70,000 kenderaan sehari.
“Dengan musim perayaan yang bakal tiba, kami menjangkakan lebih 140,000 kenderaan sehari akan menggunakan WCE, terutamanya di laluan utama dari Taiping Selatan ke Banting," katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa setakat Februari 2025, 95% projek WCE telah siap, dengan beberapa seksyen utama telah dibuka bagi meningkatkan kesalinghubungan dan mempercepatkan perjalanan pengguna.
Seksyen baharu yang telah dibuka termasuk:
✓ Seksyen 1 (12.5km) – Menghubungkan Banting ke SKVE, dibuka pada 31 Ogos 2024
✓ Seksyen 2 (7.2km) – Menghubungkan SKVE ke KESAS, dibuka pada 22 Januari 2025
Di Perak, Seksyen 8 hingga 11 sepanjang 99.2 km telah beroperasi sepenuhnya dan menjadi laluan utama pengguna ke utara.
Kemudahan Lebuhraya dan Keselamatan Pengguna.
Bagi memastikan keselesaan pengguna di sepanjang perjalanan, WCE menyediakan beberapa kemudahan penting, termasuk:
• Hentian sebelah dengan kemudahan seperti tandas, surau dan kiosk tambah nilai di setiap plaza tol.• Pengecas kenderaan elektrik (EV) yang disediakan di Hentian Sebelah Taiping Selatan, Trong, Assam Jawa dan SAE.
• Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Nyior, di jajaran Seksyen 11 Taiping, yang kini dibuka di kedua-dua arah utara dan selatan.
• Pondok teduhan motosikal turut disediakan di sepanjang lebuh raya bagi kemudahan dan keselamatan pengguna motosikal terutamanya ketika hujan.
Dalam memastikan perjalanan yang selamat dan lancar sepanjang musim perayaan,WCE menasihatkan pengguna lebuh raya agar merancang perjalanan lebih awal, menggunakan maklumat trafik terkini, dan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya.
Untuk mendapatkan maklumat trafik terkini dan panduan perjalanan, pengguna boleh merujuk saluran rasmi WCE di media sosial dan laman web serta muat turun aplikasi 'WCE App' di Apple AppStore dan Google Play Store.