Lebih 130 ribu pemilik BMW tidak tahu kereta mereka berisiko terbakar

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Menurut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar online The Sun UK menyebut kira-kira 260,000 unit kenderaan BMW mengalami risiko kebakaran berpunca daripada kebocoran coolant. 

Ini kerana terdapat kesilapan dari segi aspek kejuruteraan pada bahagian tersebut memungkinkan kebocoran coolant memasuki sistem ekzos sekaligus menyebabkan letupan kebakaran - melibatkan sehingga 12 model BMW. 

Namun, apa yang lebih menyedihkan, kira-kira separuh daripada para pemilik BMW masih tidak dihubungi bagi sebarang penjelasan berhubung insiden ini. 

Ini dikatakan bertentangan dengan ikrar daripada gergasi automotif Jerman yang dibuat tahun lalu di mana mereka akan segera memaklumkan perihal risiko kebakaran maut tersebut kepada para pemilik. 

Menurut sebuah lagi laporan daripada The Daily Mail, insiden ini menjejaskan kira-kira 250,000 unit kenderaan di UK dan sehingga 1.6 juta meliputi pasaran global. 

Menteri Buruh UK, Graham Stringer menyebut bahawa BMW sehingga kini masih memiliki rekod yang sangat buruk berkaitan panggilan semula kenderaan yang terjejas. 
 

gambar sekadar hiasan


"Saya akan memanjangkan isu ini kepada pihak yang berwajib untuk tindakan selanjutnya, memandangkan ia lebih ramai nyawa yang tidak berdosa kini berada di dalam keadaan yang berisiko," tambah beliau. 

Sebelum ini, di Korea Selatan turut melaporkan insiden yang serupa melibatkan kira-kira 106,000 unit kenderaan diesel jenama tersebut, berpunca daripada sistem kitaran gas ekzos. 

Tindakan tegas Kementerian Pengangkutan Korea Selatan mengenakan larangan kepada para pemilik kenderaan BMW yang terjejas daripada terus meragut nyawa orang awam.

Baca: Korea Selatan larang 20,000 unit BMW selepas kes enjin terbakar

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…