Lazareth LM 410 - motosikal empat roda dengan enjin Yamaha R1!

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa tahun yang lalu, Lazareth (bukan Lazada) telah memperkenalkan sebuah jentera motosikal beroda empat yang sangat gila.
Modenas

Gila yang dimaksudkan ialah mereka melengkapkan motosikal LM 847 tersebut dengan enjin V8 Maserati yang mampu menghasilkan 470 kuasa kuda!

 


Setelah beberapa tahun berlalu, Lazareth kembali siuman dan membawakan sebuah lagi model baharu motosikal empat roda (lagi), namun ia hadir dengan sesuati yang istimewa.

Kali ini bukan nadi V8, akan tetapi sebuah nadi yang diperoleh daripada superbike Yamaha R1. 
 


Lazareth LM 410 masih membawakan konfigurasi empat roda yang sama seperti LM 847, dengan sistem gandar berengsel membolehkan motosikal ini mengambil selekoh seperti normal. 

Enjin R1 yang dimaksudkan tadi merupakan enjin empat silinder sebaris bersesaran 998 cc dan atas kertas ia mampu menjana 199 kuasa kuda dan 105 Nm daya kilas. 
 


Untuk model LM 410, Lazareth masih lagi tidak mendedahkan angka yang mampu diekstrakkan daripada enjin R1 tersebut. 

Lazareth hanya membina 10 unit sahaja bagi model LM 410 ini dengan setiap satunya bernilai €100,000 (RM452,940). 
 

Add new comment