Lawan arus - pemandu Wira Aeroback warna hijau sedang dikesan

oleh SALINA JALIL|
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis Wira Aeroback yang memandu melawan arus di jambatan Kuala Selangor iaitu Kilometer 47.8 Jalan Klang-Teluk Intan, semalam.


Pengesanan itu susulan penularan video berdurasi 24 saat di laman sosial Facebook.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Ramli Kasa berkata, berdasarkan video tersebut perakam tersebut menyebut nombor pendaftaran “WJR3170 jenis Wira Aeroback bewarna hijau”.

 

“Semakan terhadap nombor pendaftaran itu mendapati kenderaan itu didaftarkan atas seorang perempuan beralamat di Kuala Lumpur.

 

“Pemeriksan di lokasi kejadian mendapati tiada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV),” katanya dalam kenyataan semalam.

 

Beliau menegaskan sepasukan terdiri pegawai dan dua anggota menuju ke alamat pemilik yang didaftar ke atas kenderaan tersebut.

 

Ramli turut menambah, pihaknya juga sedang mengesan individu yang memuat naik video itu di dalam laman sosial Facebook berkenaan.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
  Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemandu kereta itu…