Lawan arus: Pemandu Bezza telah dikesan!

oleh SALINA JALIL|
Polis sudah mengenal pasti pemandu kereta Perodua Bezza yang dipercayai memandu melawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru, di Pasir Gudang.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata ia susulan rakaman video yang tular di berhubung sebuah kenderaan dipandu secara berbahaya dipercayai berlaku jam 11.45 malam, Jumaat lalu.


"Polis mengesahkan satu kes memandu secara melulu dan berbahaya membabitkan sebuah kereta Perodua Bezza warna coklat yang dirakam melawan arus.

 

"Bertindak atas maklumat, polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam mengesan pemilik dan pemandu yang membawa kenderaan itu, jam 7 malam tadi.

 

"Polis sudah mengarahkan pemandu berkenaan supaya tampil memberi keterangan, selain kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

 

Terdahulu, tular video berdurasi 41 saat di Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan memandu melawan arus di lebuh raya.

 

 

 

BHOnline

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya antaranya ialah kenderaan dari arah Jalan Tebrau yang mahu ke Jalan Storey. "Penutupan…
Berita Domestik
  Kelihatan di dalam video tersebut, kereta berkenaan masih memandu dengan laju walaupun telah…
Berita Domestik
Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, pemandu yang berusia 41 tahun itu disyaki memandu lori…