Lawan arus - Pemandu belum sedar dari koma

oleh Penyumbang Rencana|
foto PDRM
Polis masih menunggu perkembangan keadaan pemandu kereta yang didapati memandu melawan arus dan merempuh seorang penghantar makanan hingga parah di Kilometer 8.5, Jalan Kluang, berdekatan Kawasan Perindustrian Sri Gading, di Batu Pahat pada malam hari Rabu..

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, ketika ini lelaki berusia 54 tahun masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Justeru katanya, polis tidak dapat merekodkan keterangan mangsa bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Siasatan mendapati, kemalangan itu berlaku pada jam 9.40 malam membabitkan kereta dipandu lelaki itu dan motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 37 tahun.

“Semasa kejadian, penunggang motosikal itu dalam perjalanan dari arah Batu Pahat menuju ke Pura Kencana. Apabila tiba di lokasi, berlaku pertembungan dengan kereta dipandu secara melawan arus.

“Akibatnya, pemandu dan penunggang motosikal parah di kepala dan dirawat di zon merah HSNI,” katanya dalam kenyataan.

Penghantar makanan, Mohd Hairi Jaafar, 37, patah tangan kiri serta kaki kanan selepas motosikal dirempuh lelaki terbabit.

Shahrulanuar berkata, siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu oleh seorang lelaki…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima…
Berita Domestik
Mahkamah mengekalkan hukuman denda RM6,000 serta pembatalan lesen memandu selama lima tahun yang…