Lawan arus - Pemandu Axia diminta tampil

oleh SALINA JALIL|
Polis sudah mengenal pasti kenderaan yang dipandu melawan arus hingga tindakannya itu tular di media sosial sejak dua hari lalu.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 3 petang di Jalan Alam Perdana, Puncak Alam dekat Kuala Selangor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 34 saat pada 12.30 tengah hari.

 

Menurutnya, video terbabit memaparkan sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu melawan arus.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya meminta pemandu kereta itu tampil bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

 

"Kita sudah rakam percakapan pemilik video itu.

 

"Untuk itu, pemandu kereta Perodua Axia diarahkan tampil untuk membantu siasatan," katanya menerusi satu kenyataan semalam.

 

Ramli berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota…
Berita Domestik
  "Kira-kira jam 12 tengah hari tadi, polis mendapati satu video yang berdurasi 1 minit 30 saat…
Berita Domestik
  Majistret Sri Pracha Nanthini menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal…