Lawan arus di Jalan Storey - 28 saman dikeluarkan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari PDRM
Beberapa kereta dikesan memandu secara melawan arus semasa trafik padat di Jalan Storey menghala ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru pada Isnin.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, semasa kejadian berlaku lebih kurang jam 6.14 petang itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD JBS sedang membuat penutupan jalan dengan membuat lencongan di beberapa jalan utama yang hendak memasuki BSI.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya antaranya ialah kenderaan dari arah Jalan Tebrau yang mahu ke Jalan Storey.

"Penutupan sementara di Jalan Storey dilakukan kerana jumlah kenderaan meningkat sehingga menyebabkan Jalan Tebrau mengalami kesesakan yang sangat padat.

"Kesan daripada penutupan jalan, kenderaan sedia ada yang berada di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Storey mengambil kesempatan dengan memandu secara melawan arus dan memotong barisan untuk ke BSI.

"Semalam (Isnin) pihak BSPTD JBS mengeluarkan 28 keping saman atas kesalahan memotong barisan,"katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, pihaknya juga membuat tangkapan ke atas seorang warga tempatan atas kesalahan tidak memberikan kerjasama semasa proses saman dilakukan.

"Polis memohon orang ramai untuk menghubungi talian perkhidmatan BSPTD JBS 07-227 756 sekiranya mengesan kejadian sedemikian berlaku lagi,"katanya.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi 58 saat berkenaan beberapa kenderaan memandu secara melawan arus dan berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain, kerana mahu mengelak kesesakan jalan raya di Jalan Storey menghala ke BSI.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…
Berita Domestik
"Kita mengesan video tular memaparkan kejadian sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipandu…
Berita Domestik
Katanya, video berdurasi 60 saat itu menunjukkan sebuah kereta jenis Myvi warna kelabu dipandu…