Lasercompo - Model kit diperbuat daripada kayu, dipotong menggunakan laser

oleh Mohamad Hanif|
Bagi peminat Honda khususnya penonton siri Animasi You're Under Arrest, mereka pasti akan teringat kepada kombinasi Honda City dan Motocompo, skuter comel yang boleh disimpan di dalam ruang kargo belakang Honda City.

Kini, anda boleh mendapatkan model kit khas Motocompo yang bernama Lasercompo. Seperti nama yang tertera, Motocompo ini dibina dan dipotong dengan teliti menggunakan laser.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibina oleh seorang pensyarah dari Art Center College of Design, Pasadena, Kirk Shinmoto memutuskan untuk mengeluarkan model kit yang diperbuat daripada kayu itu dalam unit pengeluaran yang terhad. 

 


Mengekalkan ciri asal Motocompo seperti bar pemegang yang boleh dilipat, serta kerusi yang boleh dilipat, menurut Shinmoto, model kit Motocompo ini terdiri daripada 180 pecahan bahagian yang perlu dicantumkan sendiri. 

Shinmoto menggunakan bahan jenis plywood gabungan daripada maple dan walnut dan diserikan dengan kemasan venir akrilik walnut (walnut acrylic veneer).
 


Model kit kayu Motocompo ini boleh dibeli menerusi laman web theKirkshop pada harga USD $70 (RM275)*.

Sumber: theKirkshop melalui Jalopnik

*tertakluk kepada kadar pertukaran wang semasa