Larangan rentas daerah bukan ikut sempadan PDRM - Ismail Sabri

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Larangan rentas sempadan dalam semua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merujuk kepada daerah yang diketuai pegawai daerah, bukan sempadan pentabiran Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Modenas

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengakui wujud kekeliruan mengenai perkara itu apabila terdapat aduan orang awam dikenakan kompaun kerana rentas sempadan PDRM.

"Apabila kita sebutkan pergerakan dalam daerah dibenarkan tapi rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan... timbul kekeliruan mengenai rentas daerah.

"Ada dua sempadan daerah iaitu sempadan pentadbiran diketuai pegawai daerah dan satu lagi daerah polis.

"Sebenarnya kita tidak pernah guna sempadan daerah polis dari dulu, sebaliknya guna daerah di bawah pentadbiran pegawai daerah," katanya pada sidang media pada Selasa.

Mengenai individu yang telah dikompaun disebabkan kekeliruan itu, jelas Ismail, mereka boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah.

"Perkara ini telah diperbetulkan, apabila saya sendiri memaklumkan kepada PDRM, daerah yang digunakan adalah daerah pentadbiran kerajaan iaitu diketuai pegawai daerah.

"Saya ingin memaklumkan bagi mereka yang dikenakan kompaun kes-kes begini, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada Pejabat Kesihatan Daerah mengikut daerah kompaun tersebut dikeluarkan," katanya lagi.

Terdahulu, tular di laman sosial beberapa orang awam yang mendakwa dikenakan kompaun meskipun mereka berada dalam daerah dibenarkan.

Sumber: Astro Awani

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya mereka yang menyediakan…
Berita Global
Beliau menambah bahawa kerajaan Thailand mengambil langkah berhati-hati dalam isu pembukaan…
Informasi
  "Kerajaan mengambil maklum bahawa sektor industri di Singapura sudah bermula operasi dan meminta…