Larangan memandu seumur hidup untuk pemandu cuai

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini berkata pihak kementerian sedang mengkaji hukuman yang lebih berat untuk pemandu-pemandu cuai yang mengakibatkan kemalangan jiwa.

Antara hukuman yang dipertimbangkan ialah larangan memandu seumur hidup.
Modenas

Menurut beliau, walaupun hukuman sudah dimaktubkan dalam Akta Pengangkutan Jalanraya 1987, ia cuma menyebut pemandu yang mengakibatkan kematian boleh dipenjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, dan didenda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak lebih dari RM20,000.

"Seksyen 41 (3) pula akan menyebabkan pesalah digantung lesen memandu selama tiga tahun untuk kesalahan kali pertama, dan 10 tahun untuk kesalahan berikutnya," terang beliau.

Anthony meluahkan rasa tidak puas hati beliau kerana hukuman itu pada hematnya terlalu ringan. Beliau mencadangkan penggantungan lesen seumur hidup.

Careta turut menyokong pendapat menteri tersebut, malah percaya hukuman itu terlalu rendah dan menghina keluarga mangsa yang terbunuh. 

Careta juga harap agar pihak kementerian mengambil tindakan kepada pihak syarikat yang mengambil pemandu-pemandu yang terbukti tidak berdisiplin dan mempunyai rekod saman trafik yang tinggi.

Sudah sampai masanya pihak syarikat dikenakan hukuman kerana tidak mengambil serius pengambilan pemandu kenderaan mereka.

Insiden lori dipandu melawan arus semalam adalah contoh terbaik kerana pemandunya didapati mempunyai rekod saman melampau.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata jika ada sebarang laporan mengenai kejadian itu, pihak JPJ akan melakukan…
Berita Domestik
  Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata setakat ini, projek landasan kereta api…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, proses berkenaan akan bermula di tanah…