LAPV Terradyne Gurkha 2017 ini mencari pemilik baharu - bidaan cecah RM632k!

oleh Mohamad Hanif|
Sedang mencari sebuah SUV yang tidak gentar walau apa jua cabaran yang mendatang?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu calon yang boleh anda pertimbangkan, sebuah LAPV (kenderaan peronda ringan berperisai) yang digelar sebagai Terradyne Gurkha.

Macam pernah lihat. Ya, ini sebenarnya merupakan model yang sama ditampilkan dalam francais filem Fast and Furious, di mana watak Hobbs yang dilakonkan oleh The Rock muncul buat kali pertama membawa kenderaan ini.
 

Gurkha


Anda boleh mendapatkan Terradyne Gurkha ini menerusi laman web Collecting Cars, di mana bidaan terkini mencecah $150,000 (RM632k) dan bakal ditutup dalam masa dua hari lagi.

Ia memulakan 'hidup' sebagai sebuah Ford F-450 Super Duty dan pada awalnya memang dihasilkan khusus untuk kegunaan tentera.

Namun, unit Terradyne Gurkha ini sebenarnya merupakan unit yang telah dimodifikasi dan boleh dimiliki oleh pihak persendirian yang mahukan perlindungan ketika sedang bergerak.
 

Gurkha


Biarpun sudah turun pangkat, Gurkha ini masih lagi memiliki perlindungan kalis peluru bertaraf B4, sementara beberapa komponen dan panel diperbuat daripada bahan yang lebih ringan.

Ruang kabin pula dihiasi dengan kemasan kulit dan Alcantara, dan ia mampu memuatkan sehingga enam orang pada satu-satu masa.

SUV Gurkha ini dilengkapi dengan nadi 6.7 liter bentangan V8 yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 330 hp, serta pakej off-road yang merangkumi penyerap hentak Fox, cangkuk tugas berat WARN yang mampu menarik beban seberat 7,484 kg, sistem cangkuk tertutup Factor 55, dan unit pemampat udara on-board.

Sumber: Collecting Cars