Laporan: Projek Ranger Raptor V8 hanyalah spekulasi!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, projek Ford Ranger Raptor yang diberitakan bakal menerima nadi V8 dengan kuasa 455 hp/556 Nm itu sebenarnya tidak pernah mendapat kelulusan rasmi dari Ford?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu laporan daripada CarAdvice, idea disebalik projek Ranger Raptor dengan enjin yang diperoleh daripada Ford Mustang itu hanyalah sekadar konsep yang telah pun dihapuskan enam bulan sebelum laporan tersebut diterbitkan.

Ia bukanlah ditangguhkan disebabkan oleh pandemik coronavirus, akan tetapi ia hanyalah sekadar idea yang tidak mencapai tahap kelulusan dari pihak atasan Ford!

Ia disahkan sendiri oleh boss Ford Australia, Kay Hart di mana cerita Ford Ranger Raptor V8 ini hanyalah sekadar cerita spekulasi semata-mata.

Projek ini sebenarnya dilihat mustahil untuk dilaksanakan ini kerana proses penukaran enjin itu sendiri dilihat bakal memberikan kesan kepada harga jualan Ford Ranger Raptor yang sudah tersedia mahal itu.

Selain daripada itu, ia juga memerlukan proses pengujian semula melibatkan ujian pelanggaran, kalibrasi enjin dan transmisi, regulasi emisi, serta ketahanan yang melibatkan sistem suspensi dan kawalan kestabilan.

 


Akhir sekali, masa yang diperlukan untuk pembangunan Ford Ranger Raptor V8 mungkin bakal memakan masa dua hingga tiga tahun - cukup untuk Ford Australia untuk membangunkan Ranger generasi baharu dan Ranger Raptor.

Namun, usah risau kerana terdapat beberapa laporan yang menyebut pengganti Ford Ranger bakal didatangkan dengan enjin yang lebih berkuasa, iaitu nadi diesel bentangan V6 turbo berkembar 3.0 liter yang mampu menghasilkan 250 kuasa kuda dan 600 Nm.

Sumber: CarAdvice