Laporan MAA: Jumlah jualan kenderaan Mac 2019 meningkat!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MAA telah mengeluarkan laporan prestasi pasaran dari segi produksi dan jualan bagi Mac 2019

Jualan bulan Mac menyaksikan sebanyak 50,101 unit kenderaan terjual, lebih tinggi dari 44,488 unit yang dijual dalam bulan yang sama tahun lalu.

Jumlah jualan yang dicatatkan pada Mac 2019 adalah 37% lebih tinggi (14,938 unit lebih banyak) berbanding jumlah yang dicatatatkan pada Februari 2019 disebabkan jumlah hari yang lebih panjang. 

Selain daripada itu, ia juga turut disumbangkan oleh kebanyakan syarikat yang bertungkus lumus menyiapkan tempahan sebelum tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2019.

Dari segi pengeluaran pula, suku pertama 2019 mencatatkan jumlah pengeluaran yang lebih rendah, iaitu 144,383 unit berbanding tempoh yang sama tahun lalu (156,214 unit). 

MAA menjangkakan jualan bulan April 2019 akan kekal pada apa yang dicapai oleh Mac 2019, melihatkan kepada kempen promosi berterusan daripada syarikat kereta. 

Berita Berkenaan

Informasi
"Ini disebabkan syarikat terdesak untuk penghantaran memandangkan tahun kewangan mereka berakhir…
Berita Domestik
Beliau berkata, pertumbuhan itu juga didorong oleh insentif bebas cukai, pelancaran baharu seperti…
Berita Domestik
Walaupun angka untuk November adalah 4 peratus lebih rendah bulan ke bulan, MAA berkata jualan…