Laporan: Land Rover mahu bangunkan Range Rover Defender!

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada kejayaan model Land Rover Defender, Land Rover diberitakan sedang membangunkan sebuah lagi Defender yang lebih premium berdasarkan platform baharu Range Rover sebagai pelengkap kepada Defender 90, 110, serta model Defender 130 dan Defender SVO yang akan dilancarkan kelak.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Platform yang dimaksudkan itu merupakan pelantar MLA yang digunakan pada model generasi baharu Range Rover dan Range Rover Sport, selain mampu menempatkan trenkuasa pembakaran dalaman, hibrid, serta plug-in hybrid.

Menurut laporan daripada Autocar, Defender yang lebih premium ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keupayaan off-road, namun digandingkan dengan kualiti pemanduan jalan raya yang dipertingkat, serta kemasan ruang kabin yang lebih mahal.
 

Defender


Pilihan enjin pula terdiri daripada nadi enam silinder sebaris petrol dan diesel yang boleh digandingkan dengan teknologi mild-hybrid atau plug-in hybrid, dan tidak ketinggalan pilihan enjin V8 yang lebih berkuasa.

Tambah laporan Autocar lagi, 'Range Rover Defender' ini juga bakal mempunyai ciri seperti tempat duduk sporti, trim kayu dan juga metalik, serta posisi tombol gear yang lebih tinggi, namun versi tiga baris tempat duduk tidak mungkin jadi kenyataan untuk mengelakkan persaingan dengan model Land Rover Discovery.

Selain daripada versi mewah, Land Rover sebelum ini turut mempertimbangkan untuk menawarkan Defender aras mula dengan menggunakan platform EMA (Electric Modular Architecture) namun projek itu dilaporkan tidak akan diteruskan.
 

Discovery


Namun, plaftorm EMA akan tetap digunakan untuk model generasi baharu Range Rover Evoque dan Land Rover Discovery Sport - kedua-duanya boleh didapati dalam versi plug-in hybrid (PHEV) dan elektrik bateri (BEV).  

Defender dari platform MLA dijangka akan mula dijual pada lewat tahun 2024 atau awal tahun 2025 dengan harga jualan bermula dari £59,000 (RM340,769).

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Di pasaran UK, lain pula halnya. Para pemilik model Land Rover Range Rover kini berdepan kesukaran…
Berita Global
  Kesemua 16 buah Defender 110 tersebut disimpan dan kini dibuka untuk jualan, jarak pemanduan…
Berita Global
Ia menggunakan asas daripada model Defender 90 P400 X-Dynamic SE yang dilengkapi dengan enjin enam…