Laporan: Kereta RWD, enjin inline-6 Mazda muncul tahun 2022!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun berstatus sebagai sebuah pengeluar yang kecil berasal dari Hiroshima (tak macam Honda, Toyota), Mazda tidak pernah kering daripada menjalankan eksperimen bagi menawarkan barisan trenkuasa yang mengejutkan dari lari dari kebiasaan dunia.
Modenas

Selain daripada enjin rotary yang bakal memunculkan diri dalam model MX-30, Mazda juga sedang giat membangunkan enjin enam silinder sebaris untuk platform kenderaan pacuan roda belakang baharu mereka.

Berdasarkan laporan terkini daripada Nikkei Asia, pengeluar yang sinonim dengan imej Zoom-zoom itu akan memulakan produksi kenderaan bernadikan enjin enam silinder sebaris itu menjelang awal tahun 2022.

 


Laporan tersebut memetik sumber 'pengeluar alat ganti yang berkaitan dengan Mazda' yang menyebut produksi komponen serta kenderaan tersebut akan dimulakan di kilang Yamaguchi Prefecture pada tahun hadapan, dan enjin baharu itu bakal ditawarkan dalam tiga konfigurasi - petrol, diesel dan Skyactiv-X.

Difahamkan, Mazda sedang membentuk dua katagori kenderaan yang berbeza, iatu kecil dan besar berdasarkan saiz casis yang digunakan.

 


Kategori produk yang besar akan terdiri daripada SUV baharu daripada siri popular seperti CX-5 dan CX-9, penawaran enjin enam silinder sebaris dan konfigurasi pacuan roda belakang untuk pemanduan yang lebih sporti.

Model-model baharu ini dikatakan akan menggantikan peranan CX-5 dan CX-8, namun disebabkan kedua-dua model ini masih lagi pilihan yang popular, terdapat kemungkinan besar Mazda akan menjual keempat-empat model tersebut dalam masa yang sama.

Benda dah popular, buat apa nak hentikan produksi, ye tak?

 


Beberapa laporan terdahulu turut mencadangkan Mazda akan menggantikan peranan CX-5 dengan generasi baharu yang bernama Mazda CX-50.

Mazda CX-50 ini difahamkan akan memberikan saingan secara terus kepada model SUV Mercedes-Benz dan BMW, serta penawaran enjin enam silinder sebaris dengan sesaran 3.0 dan 3.3 liter.

Berita terbaharu ini dikatakan selari dengan apa yang telah diumumkan sebelum ini oleh Mazda, di mana pengeluar Hiroshima itu tidak akan mengumumkan model-model baharu sehingga tahun 2022.

Sumber: Nikkei Asia

Add new comment

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Seperti yang diduga sebelum ini, Subaru BRZ 2022 kini membawakan enjin berkapasiti lebih besar,…
Berita Global
Walaupun syarikat Subaru hanya mendedahkan gambar teaser (menunjukkan sebahagian daripada kereta…
Berita Global
Bagi meraikan usia Honda S2000 yang ke-20, Honda membuat keputusan dengan menawarkan pelbagai…