Laporan kemunculan enjin V8 untuk C63, E63 "tidak berasas" - orang dalam Mercedes-AMG

oleh Mohamad Hanif|
Khabar angin yang mendakwa enjin bentangan V8 bakal membuat kemunculan semula pada model-model C63 AMG dan E63 AMG disifatkan oleh orang dalaman Mercedes-AMG sebagai "tidak berasas".
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan daripada laman automotif Jerman Auto Motor und Sport, mereka bertindak untuk mengajukan persoalan tersebut kepada wakil yang arif dengan pembangunan produk Mercedes-AMG.
 

C63


Jelas wakil tersebut, laporan yang dibentangkan oleh Car and Driver adalah karut, dan menegaskan tiada sebarang perancangan untuk mengembalikan semula nadi V8 pada kedua-dua model C63 dan E63.

Terdahulu, Car and Driver yang memetik sumber yang tidak bernama melaporkan Mercedes-AMG akan menawarkan semula nadi V8 hibrid pada model yang disebutkan tadi.

Ini kerana keputusan untuk menghentikan nadi V8 pada model C63 (yang kini menggunakan trenkuasa plug-in hybrid empat silinder sebaris) menyebabkan mereka kehilangan pelanggan kepada pesaing rapat, iaitu Audi dan BMW.

Sumber: Auto Motor und Sport, Car and Driver

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, anda sebenarnya boleh mendapatkan sebuah Datsun 240Z tahun 1971 versi tanpa bumbung, dengan…
Berita Global
Namun, para pembeli yang berminat untuk mendapatkan hypercar Gemera ini boleh memilih opsyen enjin…
Berita Global
Model 'super grand tourer' DB12 itu dilihat menampilkan beberapa pembaharuan terutama pada bahagian…