Laporan insiden kemalangan LRT ke kabinet Rabu depan - Menteri

oleh Mohamad Hanif|
Laporan siasatan insiden kemalangan membabitkan tren LRT Kelana Jaya pada 24 Mei yang lalu akan dihantar ke mesyuarat kabinet pada Rabu hadapan, menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Bernama, laporan itu akan merangkumi cadangan-cadangan ke arah menambah baik keselamatan pengangkutan awam dan menghalang insiden sama daripada berulang.

"Hasrat kerajaan adalah untuk berterusan mencari cara terbaik bagi menambah baik aspek keselamatan pengangkutan awam bagi pengguna sebagai keutamaan tertinggi," ujarnya.

Terdahulu, satu jawatankuasa siasatan yang diketuai oleh ketua setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak dibentuk sejurus selepas kejadian.

Jawatankuasa ini diberikan masa selama 14 hari untuk melengkapkan siasatan yang merangkumi dokumen, data, prosedur operasi standard (SOP), serta mengakses data rakaman litar tertutup dan temuramah dengan mereka yang terlibat sebelum memaklumkannya kepada kabinet.

Insiden yang berlaku pada jam 8.33 malam 24 Mei itu menyaksikan sebuah tren tanpa penumpang bertembung dengan sebuah tren yang membawa 213 orang penumpang di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan LRT KLCC.

Sumber: Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, semakan lanjut mendapati…
Berita Domestik
  "Ketika kejadian, sebuah lori kontena yang dipandu seorang wanita berumur 35 tahun membuat…
Informasi
  Pesawat Hawk pertama diterima TUDM pada 1994 dan sehingga kini telah berlaku sembilan kejadian…