Laporan: Hanya lima peratus mekanik UK memiliki kelayakan membaiki EV

oleh Mohamad Hanif|
Dalam keghairahan kerajaan UK untuk mengejar sasaran mengurangkan pelepasan emisi, amat menyedihkan apabila hanya lima peratus sahaja mekanik yang bekerja di pusat pengedar dan bengkel di seluruh Uk memiliki kepakaran untuk membaiki kereta elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Institut of the Motor Industry (IMI), kira-kira 95 peratus mekanik di negara tersebut masih belum memiliki kelayakan dan kefahaman terhadap kereta elektrik (EV).

Jika dilihat kepada angka, terdapat sehingga 20,000 orang juruteknik yang bertauliah bagi menjalankan tugas pembaikan terhadap 380,000 unit kenderaan plug-in hybrid (PHEV) di UK, dan dengan bilangan kenderaan EV dan PHEV yang semakin meningkat, jumlah kenderaan akan jauh melebihi jumlah mekanik sedia ada.

Amaran yang sama turut dikeluarkan oleh organisasi tersebut dua tahun yang lalu, dimana hanya tiga peratus sahaja mekanik terlatih untuk membaiki EV.

Dan dengan wabak pandemik COVID-19 yang melanda pada ketika ini hanya memburukkan lagi keadaan, dimana untuk suku kedua tahun 2020 jumlah sijil kelayakan yang dikeluarkan menjunam 85 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Sumber: AutoExpress UK

Berita Berkenaan

Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…
Berita Domestik
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata,…
Berita Domestik
Bertemakan “Meraikan Mekanik Malaysia”, kempen tahun ini diadakan bagi menghargai dan meningkatkan…