Laporan: Apple bakal bikin EV sendiri menjelang 2024!

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Selain daripada pengeluar automotif terkemuka yang bakal hadir dengan produk kenderaan elektrik yang tersendiri, pengeluar peranti pintar Apple juga dilaporkan sedang membangunkan EV yang bakal memulakan produksi pada tahun 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Reuters, kereta elektrik pertama Apple itu bakal menampilkan ciri teknologi bateri yang maju, namun tidak menyebut secara spesifik rakan teknikal yang bakal dipilih untuk pembangunan EV tersebut. 

Namun memetik dua sumber yang rapat dengan isu tersebut, Apple dikatakan akan memfokuskan kepada kenderaan massa dan bukannya teksi atau kenderaan komersil berkuasa elektrik. 

Dibawah nama Projek Titan yang telah dimulakan pada tahun 2014 lagi, syarikat Apple berjaya mendapatkan khidmat beberapa jurutera daripada Porsche, Tesla, serta Alexander Hitzinger yang kemudian kembali ke VW Group untuk mengetuai projek tersendiri yang dinamakan sebagai Artemis. 

Namun, projek tersebut nampaknya kembali diteruskan namun disebabkan pandemik COVID-19 yang masih belum reda, produksi sebenar EV Apple ini berkemungkinan besar akan ditunda ke tahun 2025. 
 


Untuk tujuan produksi, Apple diberitakan membuat rundingan dengan Magna yang kini sudah pun mempunyai platform EV yang boleh digunakan untuk membangunkan kereta elektrik untuk syarikat-syarikat automotif yang lain. 

Hasil rundingan tersebut walaubagaimanapun masih lagi tidak diketahui. 

Dari segi unit kuasa, Apple akan menggunaan rekaan bateri monosel yang dikatakan mampu menghasilkan kapasiti kuasa yang lebih tinggi di dalam ruang yang sama digunakakan pada susunan pek bateri tradisional. 

Dengan keupayaan dan kekuatan jenama Apple itu sendiri, adalah tidak mustahil untuk Apple berjaya menghasilkan kenderaan elektrik sendiri jika kena pada caranya. 

Sebelum ini Sony pada awal tahun lalu mengejutkan dunia dengan kehadiran sebuah model kereta elektrik yang digelar sebagai Vision-S dan kereta prototaip ini akan menjalani ujian di jalan raya umum pada tahun fiskal 2020 "sebagai persediaan terhadap Sony untuk memasuki bidang automotif".
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Lebih 2,000 orang pekerja terjejas kesan daripada penutupan projek tersebut, namun menurut laman…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, projek ini semakin bermasalah dengan pelancaran ditangguh ke 2028…