Lapierre x Alpine, basikal unit terhad berharga RM41.5k!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kerjasama di antara pengeluar basikal dan jenama kenderaan adalah perkara biasa. Sukan berbasikal juga dilihat sebagai aktiviti popular buat pelumba kereta dan motosikal.

Terbaru Lappierre dan Alpine bekerjasama dalam mengeluarkan basikal jalan raya (road bike) dan dikeluarkan dalam jumlah terhad.

AIRCODE DRS Alpine adalah model pertama Lapierre x Alpine yang dikeluarkan sebanyak 110 unit dan mempunyai ciri eksklusif seperti model baharu Alpine A110 R.

Paling jelas ialah warna Matte Racing Blue untuk rangka basikal dan logo berwarna Deep Black.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lapierre x Alpine AIRCODE DRS Alpine

 

Mungkin ada yang tertanya kenapa sesebuah basikal berbeza dari segi harga dan prestasi. Satu daripada jawapannya terletak pada bahan yang digunakan.

Basikal ini diperbuat daripada tiga jenis gentian karbon searah (unidirectional/UD) dan dilengkapi kelengkapan terbaik di pasaran sekarang ini.

Sama seperti Alpine A110 R yang menggunakan komponen gentian karbon, bahagian basikal seperti sepit udang diperbuat daripada kepingan gentian karbon UD SL (super light).

Rangka bawah (down tube) dan rangka pelana (seat tube) juga menggunakan bahan sama.

 

Lapierre x Alpine AIRCODE DRS Alpine

 

Komponen penting lain seperti set engkol (crankset) dari Shimano Dura Ace FC-R9200 dengan gegancu depan 52-36T dan gegancu belakang Shimano Dura Ace CS-R9200 11-30T.

Tuil anjakan (shift lever) dari Shimano Dura-Ace Di2 BR9270 2x12 kelajuan.

Penukaran gear tanpa wayar dan gegancu 12 kelajuan memberikan tukaran gear lebih jitu dan laju berbanding set Shimano terdahulu.

Satu lagi komponen penting ialah set roda dan basikal ini dilengkapi roda karbon Lapierre Road Disc 50 622x21 dan padanan tayar Continental GP5000S saiz 700 x 25.

 

Lapierre x Alpine AIRCODE DRS Alpine

 

Penunggang disediakan pelana Prologo Dimension rel karbon dan memegang hendal karbon Lapierre Aero.

AIRCODE DRS Alpine ditawarkan kepada pelanggan bermula 24 Oktober dan penghantaran dijadual pada awal 2023.

Berapa harga basikal terhad ini? EUR€9,000 atau bersamaan RM41,553 dan ianya dibangunkan dan dikeluarkan di kilang Lapierre di Dijon, Perancis.

Sebagai rujukan, kedua-dua jenama dari Perancis ini sudah berusia puluhan tahun dengan Lapierre ditubuhkan pada 1946 manakala Alpine pada 1955.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lapierre x Alpine AIRCODE DRS Alpine