Lapangan Terbang Changi 'rampas' semula takhta sebagai lapangan terbaik dunia

oleh Penyumbang Rencana|
Lapangan Terbang Changi di Singapura telah memperolehi semula gelarannya sebagai lapangan terbang terbaik dunia, selepas kehilangan kedudukan berkenaan sebelum ini yang dipegang Qatar selama dua tahun berturut-turut semasa kemuncak sekatan perjalanan pandemik.


Dalam Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2023, hab Asia itu mengenepi Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha di tempat kedua dan Lapangan Terbang Haneda, Tokyo di tempat ketiga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

changi

 

Manakala tiada mana-mana lapangan terbang di Amerika Syarikat tersenarai dalam tangga 10 teratas.

 

Lapangan Terbang Paris, Charles de Gaulle dinobat terbaik di Eropah, apabila naik satu anak tangga ke tempat kelima.

 

Lapangan terbang Amerika Utara, Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma merosot di kedudukan ke-18, namun ia dilihat ada peningkatan daripada tempat ke-27 pada tahun lepas.

 

“Lapangan Terbang Changi berbesar hati untuk dinamakan Lapangan Terbang Terbaik Dunia untuk kali ke-12. Pengiktirafan ini merupakan galakan besar kepada komuniti lapangan terbang kami, yang berdiri teguh bersama-sama melawan cabaran Covid-19 sejak dua tahun lalu” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lapangan Terbang Changi, Lee Seow Hiang.

 

Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax ditentukan melalui tinjauan kepuasan pelanggan.

 

Ini ialah Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2023, bersama dengan kedudukan mereka pada tahun 2022:

 

1. Singapura Changi (3)

2. Doha Hamad (1)

3. Tokyo Haneda (2)

4. Seoul Incheon (5)

5. Paris Charles de Galle (6)

6. Istanbul (8)

7. Munich (7)

8. Zurich (9)

9. Tokyo Narita (4)

10. Madrid Barajas (16)

11. Vienna (19)

12. Helsinki-Vantaa (11)

13. Rome Fiumicino (24)

14. Copenhagen (17)

15. Kansai (10)

16. Centrair Nagoya (12)

17. Dubai (14)

18. Seattle-Tacoma (27)

19. Melbourne (26)

20. Vancouver (28)

 

 

Astro Awani