Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka - masih tunggu laporan operasi penerbangan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Melaka Airport
Kerajaan Melaka akan menunggu laporan penuh berhubung perberhentian sementara operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).


Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, pihaknya percaya ia baharu dihentikan sementara memandangkan pada bulan lalu LTAM ini masih beroperasi seperti biasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurutnya, pihak berkenaan memaklumkan akan memberikan laporan penuh mengenai pengoperasian termasuk pengurusan kebersihan bangunan pada Khamis ini.

"Hari Khamis ini saya akan berjumpa dengan pengurusan LTAM untuk mendapatkan penerangan lanjut dan laporan penuh daripada mereka.

"Sepatutnya ada penerbangan ke Pulau Pinang dan Pekan Baru namun diberhentikan sementara, jadi saya akan dapatkan laporan kenapa penerbangan itu diberhentikan sementara," katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan di LTAM, Batu Berendam di Melaka pada Selasa.

Sebelum itu tular gambar kawasan persekitaran LTAM di media sosial, Facebook yang didakwa tidak terjaga dengan rumput panjang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau berkata, kerajaan negeri akan terus memberi fokus untuk memastikan LTAM ini aktif kembali seperti sebelum ini sekali gus akan merancakkan Tahun Melawat Melaka (TMM) pada tahun depan.

"Sebenarnya tiada isu di LTAM dan tiada masalah dalam pembangunan infrastruktur.

"Cuma pembersihan secara menyeluruh perlu dilaksanakan kontraktor yang menjaga kawasan ini," katanya lagi.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud, insiden melibatkan pesawat…
Informasi
"Sebab itu ...saya sedang merangka 'hitam putih' (memorandum persefahaman) yang antara isinya ialah…
Berita Domestik
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka,…